Monday, 26 September 2016

HAJAT/DOA

Setiap individu pasti mempunyai keinginan atau hajat dalam kehidupanya , tetapi kita tidak pasti apa sebenar yang apa yang berlaku dan siapa yang mencapaikan setiap keinginan kita.
Dalam ilmu KEROHANIAN kami mengkaji dan cuba memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam setiap keinginan seseorang.
Pada setiap individu terdapat DUA jenis KUMPULAN TENAGA tanpa kita sedari. Satu TENAGA berasaskan NUR(CAHAYA) dan lagi satu tenaga ia berasaskan NAR ( API).Jika kita berhajat pada sesuatu keinginan kita maka salah satu kumpulan TENAGA ini akan keluar dari badan kita tanpa di sedari dan TENAGA ini yang akan mencapaikan apa yang kita hajati.
Persoalan disini apakah perbezaan diantara TENAGA NAR atau NUR apa bila ia keluar dari badan kita dalam kita berhajat?
Kebiasaan TENAGA NAR yang terpancar dan mengurus keinginan kita dgn cara yang agak kurang baik , kerana sifat sifat pada TENAGA NAR lebih pada kerakusan , menindas, memusnah, memperdaya , dan pelbagai lagi . TENAGA NAR akan cuba mendapat kan apa jua keinginan kita walau dgn cara merampas hak org lain tanpa kita sedari. Contohnya seseorang yang berkehendakkan JODOH dalam KEADAAN TENAGA NAR yang berkerja jodoh akan di dtg kan dalam keadaan yang teruk, penuh dgn nafsu. JODOH yang hadir kepada keadaan individu itu juga lebih kepada individu yang mempunyai TENAGA NAR juga.TENAGA NAR juga mendatang kan rezeki-rezeki dgn cara yang jahat seperti menipu , mengambil hak org lain , berhutang dgn banyak,memperdaya org lain dan banyak lagi. TENAGA NAR juga akan mendatang kan kawan -kawan dan org keliling yang rapat dgn kita yang bersifat kurang baik dalam kelakuannya. Dalam erti kata segala keinginan kita yang terhasil dari TENAGA NAR lebih membawa kepada bahagia sementara dan derita yang banyak.
Kebiasaan TENAGA NUR pula yang terpancar dan mengurus keinginan kita lebih tersusun dan rapi dalam kehidupan , kerana TENAGA NUR yang keluar dari badan seseorang menyusun keinginan kita dgn tidak mengambil hak org lain, lebih tidak pada penipuan , lebih kepada sifat-sifat yang lebih sempurna berbanding TENAGA NAR.TENAGA NUR akan menyusun peluang -peluang yang lebih baik , mengatur kehidupan lebih sempurna dan kehidupan akan lebih menuju kepada kebahagiaan yang berpanjangan. TENAGA NUR juga akan mendatangkan kawan kawan , org keliling yang rapat dgn kita juga yang lebih kepada sifat -sifat yang lebih baik, 
Oleh yang demikian kita harus menilai diri kita sama ada kita ini banyak mengeluarkan TENAGA NUR atau TENAGA NAR dari badan kita sendiri,
Dengan amalan amalan kerohanian juga boleh terhasil amalan yang sama ada menguatkan TENAGA NAR atau NUR tanpa kita sedar, seseorang harus faham dan mengerti dalam setiap amalan yang mereka laku kan walau dgn amalan ayat - ayat atau kaedah kaedah kerohanian yang lain.
Seseorang yang harus belajar dan fahami diri nya sedalam mungkin agar jelas bahawa amalan nya menguatkan NUR atau NAR . 

Wednesday, 21 September 2016

FREKUENSI SPIRITUAL MANUSIA

Setiap benda di alam ini ada FREKUENSI SPIRITUALnya masing-masing, begitu juga kita sebagai MANUSIA ada frekunsi nya tersendiri masing masing. FREKUENSI pada SPIRITUAL manusia akan mempengaruhi pada corak pemikiranya masing-masing.
FREKUENSI yang keluar dari SPIRITUAL MANUSIA akan menarik MANUSIA lain yang mengeluarkan FREKUENSI yang hampir sama denganya. Apabila FREKUENSI ini hampir sama maka manusia itu akan lebih mudah bergaul dengan manusia yang BERFREKUENSI yang hampir sama kerana corak pemikiran yang hampir sama.
Adakala apabila seseorang manusia ini BERUBAH FRENKUENSInya kesan dari sesuatu peristiwa dan pengetahuan dalam kehidupan yang di pelajarinya maka ia akan memisahkan perhubungan seseorang manusia dengan manusia lain yang dulunya FREKUENSInya dulu sama sekarang sudah berbeza.
FREKUENSI SPIRITUAL ini sering berubah-ubah mengikut keadaan , pengalaman , pengetahuan , pergaulan dalam kehidupan seharian. Tidak hairanlah selang beberapa tahun, seseorang kawan yang rapat boleh tidak rapat dgn sendiri nya.
FREKUENSI SPIRITUAL yang menaik akan mengakibatkan seseorang bertukar menjadi RASIONAL dalam perhubungan sesama manusia dan pemikiran yang WARAS dan tangapan pada sesuatu keadaan kehidupanya lebih POSITIF. Apabila FREKUENSI ini menurun akan mengakibatkan seseorang lebih EMOSIONAL dan pemikiran yang tidak menentu dan tanggapan pada sesuatu keadaan kehidupan adalah lebih NEGATIF.
Mengikut kajian dari KAMI seseorang yang kerap bertindak dgn HAWA NAFSU yang melampau akan mula merendahkan FREKUENSI SPIRITUAL ini sikit demi sedikit tanpa seseorang sedari. Dan kesan dari ini seseorang akan terasa dirinya disisih rakan-rakan , orang keliling mula tidak menyukainya dan perasaan dan fikiran NEGATIF mula terbentuk padanya dan kegagalan dalam hidup mula terjadi satu persatu..
Seseorang yang mula sedar akan perubahan ini harus lah mengambil langkah-langkah yang perlu supaya jangan dibiarkan FREKUENSI SPIRITUALnya terus menurun . Hal sebegini boleh berlaku kepada sesiapa saja tidak kira dari golongan PROFESIONAL, golongan ELIT dan golongan-golongan biasa.
Dengan kaedah tertentu dari amalan SPIRITUAL, frekuensi ini boleh berubah sedikit demi sedikit dari FREKUENSI
yang rendah BERTUKAR kepada yang lebih tinggi.
FREKUENSI SPIRITUAL yang tinggi dari seseorang akan menjadikan FREKUENSI yang rendah pada MINDA dan MENGHASILKAN KETENANGAN bagi seseorang manusia. FREKUENSI SPIRITUAL rendah akan menjadikan FREKUESI yang tinggi pada MINDA dan menghasilkan KELAM KABUT bagi seseorang manusia. Jadi renungkan lah keadaan kita sama ada kita sedang berada di FREKUENSI SPIRITUAL yang mana?




Sunday, 11 September 2016

QARIN/ PENDAMPING

Dalam beberapa kajian KAMI, KAMI mengkaji hal yang dikata 'qarin' itu , semua tahu dalam alquran dan hadis ini menyatakan qarin ini adalah dari golongan jin dan malaikat.
Siapakah mereka sebenarnya pada kita. Ramai yang berangapan ia HANTU BELAAN dan BENDA YANG MENAKUTKAN dan mcm mcm lagi , Itu adalah hanya sangkaan saja dari kita kerana kurangnya ilmu pengetahuan.
Hasil dari penelitian ku beberapa tahun akhirnya aku dapat jawapan. Dalam ilmu jawa kuno qarin di sebut, 'kakang kawah adi ari ari' atau pacer delima dan pelbagai lagi makna bahasa yang di guna kan.
Hasil pemecahan ilmu KAMI, qarin boleh disebut adalah FIKIRAN DAN PERASAAN kita sendiri sebenar nya. Cuba kita fahami akan FIKIRAN DAN PERASAAN kita sendiri sedalam dalam nya, bukan kah di situlah terbit nya segala kejahatan dan kebaikkan yang ada.
Rosak nya MANUSIA dari fikiranya dan perasaan nya baiknya MANUSIA dari fikiran dan perasaan nya.
Persoalan di sini adakah qarin merosakkan kita atau kita yang merosakkan qarin? BagiKU kita saling rosak merosakkan di antara satu sama lain, bagiku bukanlah qarin itu jahat atau baik kerana asal lahir nya kita semua adalah NEUTRAL tidak hitam dan tidak putih.
Kita menempuh kehidupan ini dalam perbagai keadaan di sini lah UJIAN sama ada kita berjaya membawa qarin ( fikiran dan perasaan ) ini dalam keadaan baik atau buruk. Dalam keadaan kita memikirkan perkara perkara negatif yg kerap maka qarin ini akan menjadi negatif juga, dalam keadaan kita memikirkan perkara positif maka qarin ini akan menjadi positif. Tanpa qarin kita tidak seperti manusia, qarin yang mendatangkan kemahuan dalam hal duniawi ini, tetapi kita harus memimpin fikiran ini supaya jangan cenderong ke duniawi sahaja.
Dari qarin juga terbit segala sifat NEGATIF , bukan lah NEGATIF itu jahat ,contoh tidak pecaya pada org lain adalah sifat NEGATIF ,tetapi perlu dalam kehidupan seharian. BENCI, TAMAK, MARAH, SEDIH, PUTUS ASA, dan pelbagai lagi ia adalah sifat yang NEGATIF tetapi sifat ini harus ada pada kita yang di gelar MANUSIA. Tugas kita memimpin sifat sifat ini agar tidak keterlaluan dan melampau agar ia sentiasa dalam keadaan TENANG.
Bagi KAMI juga kita harus menilai kekuatan dan kesihatan qarin
kita ini . Percaya atau tidak hampir dari 80% penyakit manusia hari ini adalah dari keadaan qarinnya yang rosak, banyak org tidak sedar keadaan ini semua ingat qarin ini diluar badan kita mereka ada didalam kita, persoalan kenapa qarin kita rosak?
Apa yang kita fikirkan dan berniat qarin ini yang akan melepaskan pemecahannya atau tenaga darinya untuk mencari atau mendapatkan apa yang kita mahukan, dalam ilmu BARAT di panggil KUASA MINDA. Apa bila kita berkemahuan yang melampau dari kekuatan qarin kita maka qarin akan gagal dalam perjalanan mendapatkan apa yang dihajati, kegagalan bermaksud kalah dalam pertempuran sesama qarin manusia yang lain.Kerana apa yang kita hajatkan semua berkaitan dgn MANUSIA lain...Dalam hal hal lain jika kita disihir juga mengakibatkan qarin ini juga akan rosak.
Jadi tugas kita adalah harus faham keadaan qarin kita, tahap kemampuan dan kesihatannya, bagai mana kita kesan keadaan meraka? Lihat lah keadaan fikiran kita, lihat perasaan kita, sama ada kita dalam keadaan emosional atau rasional.Kita juga harus memimpin agar qarin tidak melampau dalam berkemahuan dunia ini, tidak terlalu memikirkan sesuatu yang NEGATIF...

Dalam ilmu kerohanian dari KAMI ada beberapa keadah agar penjagaan qarin ini lebih tersusun dan sihat. Agar fikiran kita sentiasa sihat dan rapi.
                                                                              




Monday, 28 April 2014

SUSUK

Jenis -jenis susuk
 

Terdapat pelbagai jenis susuk yang umum digunakan:
o Susuk Emas
o Susuk Perak
o Susuk Besi /baja
o Susuk Raksa
o Susuk Berlian
o Susuk intan
o Susuk mutiara
o Susuk gotri/pelor
o Susuk gabah ketan/beras
o Susuk galih kayu
o Susuk dari bagian tertentu hewan
o Dll, sebagai inovasi dan penemuan/penciptaan kreasi baru.

 
Kepercayaan Memakai Susuk
 
- Pemakai susuk percaya bahwa susuk itu akan membantu mereka menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain menurut susuk yang dipakai.
 
- Susuk sama halnya seperti pada pusaka2 bertuah, yang dapat memberikan pengaruh tertentu kepada pemiliknya, sehingga memakai susuk kurang lebih sama seperti pada tuah kepemilikan pusaka.
 
- Dahulu, susuk kebanyakan dipakai putera-puteri bangsawan untuk meningkatkan pamor mereka pada kalangan tertentu. Sehingga awal pengetahuan susuk adalah hal yang sangat rahasia sekali untuk konsumsi exclusive.
Susuk emas

 

- Susuk mampu menutup kekurangan pada tubuh kita tanpa merubah fiziknya. Bahkan dibuktikan sesuatu kelemahan penampilan organ tubuh yang misalnya cacat, malah dengan susuk dapat dibuat menjadi sangat menarik. Kekurangan berobah menjadi kelebihan.

- Susuk, mampu menimbulkan semangat kembali di kalangan suami isteri yang sudah tak berghairah, sehingga mampu mencegah perselingkuhan.

- Susuk mampu mengubati masalah dingin dan hilang nafsu seksual pada seorang wanita.

- Susuk dengan cara tertentu juga mampu mengatasi masalah impotensi bagi pria

- Susuk juga mampu membuat penampilan kulit menjadi lebih elastis dan mencegah penuaan, keriput, dan kelemahan tulang.

- Peletakan susuk secara professional sama halnya seperti pada praktek akupuntur, yaitu sebagai support penyelarasan energi penyembuhan dan kekuatan kaitannya dengan pusat –pusat energi pada tubuh. Teknik susuk sebenarnya adalah subfokus dari pengetahuan tentang refleksi dan akupuntur.

- Disamping manfaat untuk kewibawaan, dan juga kesaktian/kekebalan, susuk mampu juga untuk membuka mata ketiga, sehingga dapat melihat hal-hal yang kasat mata.

Kelemahan Susuk

- Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Jika terlanggar pantangan, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.

- Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh yang memakaikan susuk, ataupun melalui cara yang di ajari.

Larangan Susuk

Antara makanan yang menjadi pantangan pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.)

• Labu air
• Pisang Tanduk
• Pisang emas
• Sate tusuk
• Jantung pisang.
• Dll, sesuai petunjuk yg memasang.

Antara perbuatan yang menjadi pantangan pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk.)

• Melalui bawah tali jemuran pakaian
• Melalui di bawah tangga/rumah
• Melalui di bawah pohon kelor
• Di lempar bantal
• Minum air penawar.

Pemasangan Susuk.
Ada beberapa cara pemasangan susuk secara umumnya dan secara khusus Pertama, dengan cara disusukkan / ditanam pada bagian tubuh tertentu.

Kedua, dengan cara di loloh, yakni ditelankan atau diminum.
Ketiga ada pula dengan cara gaib, yakni piranti2 susuk masuk secara gaib dan misterius kebagian tubuh yang diinginkan. Hal ini hanya dapat dilaksanakan oleh mereka2 yg telah mumpuni benar dalam bidang susuk. Praktek ini sudah mirip seperti melaksanakan santet.

Ke empat dengan cara dilamurkan / dilulurkan Hal ini ialah menggunakan sarana serbuk/ bubukan emas, intan, berlian, mutiara, dlsb.

Lokasi pemasangan Susuk.

- Diantara dua alis mata
- Pada pipi wajah
- Dagu/ sudut bibir
- Tengkuk
- Bawah dada kanan-kiri / payudara.
- Punggung kanan-kiri
- Pinggul kanan-kiri
- Lengan kanan-kiri
- Telapak tangan kanan-kiri
- Bawah pusar
- Kemaluan
- Paha kanan-kiri
- Betis kanan-kiri

Budaya Susuk

Selama ini kita mengenal budaya susuk hanyalah popular di tanah Jawa saja, Padahal didaerah lainpun juga sangat mengenal budaya ini.

Susuk Dikalangan Suku Melayu.

Etnis melayu dahulu, menggunakan susuk dari bahan rempah2 dan bunga2an Suatu contoh yakni; merica, ketumbar, bawang, bunga kenanga, melati, mawar,dll

Bahkan kalangan suku melayu di Medan sangat mengenal dengan sarana pekasih susuk air emas, yang termasuk dari bagian susuk cair untuk lamuran.

Susuk di Kalimantan

Banyak rumah2 adat atau rumah-rumah kebesaran, tiang pasak rumahnya disusuk dengan menggunakan intan. Hal ini diyakini untuk menguatkan daya tahan rumah, dan menimbulkan kesan damai dan nyaman / sejuk pada penghuni rumah.

Demikian juga dengan tempat2 perniagaan, kebanyakan disusuk emas pada lokasi pintu masuknya.

Susuk di Indonesia bagian timur

Kita pernah mendengar tentang mutiara hitam. Mutiara hitam ini jika dijadikan serbuk dan bubuk lalu ditelan, diyakini mampu untuk mengembalikan dan menaikkan kejantanan seorang laki-laki. Dengan kata lain sebagai sarana pengobatan impotensi dan atau lemah syahwat.

Larangan Agama
Pemakaian susuk ditegah oleh agama Islam dan amalannya mendatangkan unsur syirik kepada Allah. Mereka yang memakai susuk seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan di kemudian hari dan kesukaran ketika menghadapi saat kematian.


Wednesday, 22 January 2014

PUNCA GANGUAN MAKHLUK HALUS

1 - Gangguan jin akibat perbuatan sihir. Di sini makhluk jin mem asuki badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang. Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir. Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau kedalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.
 
2 - Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu. Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus. Usia yang lanjut bukan faktor yang utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh. Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.
 
3 - Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah. Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.
 
4 - Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir. Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan akal pemikiran mereka. Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka. Dari pengalaman penulis, kebanyakkan pesakit yang menghadapi penyakit terencat akal (contohnya anak-anak down syndrome) terdapat gangguan jin didalam tubuh badan terutama dibahagian otak dan urat saraf.
Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin. Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome)dan penyakit SLE, sakit cancer seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin yang telah dikenal pasti oleh penulis. Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.
 
5 - Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keterunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah seorang daripada keterunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin. Jin-jin ini akan berpindah kepada keterunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.

SINTOM GANGUAN MAKHLUK HALUS

        Sintom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan. Diantara sintom-sintom adalah berikut :- 


1 - Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik. Sakit menyeluroh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas.
 
2 - Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.
 
3 - Gangguan pemikiran iaitu fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian. Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman. Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Quran atau berzikir.
 
4 - Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas. Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini di rasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.
 
5 - Pesakit rasa putus asa untuk hidup. Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.
 
6 - Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.
 
7 - Gangguan tidur - tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam. Suatu ketika dahulu penulis pernah bertemu dengan seorang pesakit yang tidur pada siang hari dan hanya berjaga dari jam 12 malam hingga 6 pagi.
 
8 - Gangguan ketika beribadah iaitu ketika solat, membaca Al-Quran atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.
 
9 - Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.
 
10 - Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.
 
11 - Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya. Penulis pernah diberitahu situasi dimana lampu bilek menyala dengan sendiri, pair mengeluarkan air dan tutup dengan sendiri, alat komputer dinyalakan dengan sendiri dan sebagainya.
 
12 - Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.
 
13 - Pesakit dirasuk. Di sini jin atau syaitan/iblis akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya. Apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya.
 
14 - Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.
 
15 - Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang. Ramai dikalangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka. Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.
 
16 - Bayi kecil yang mengalami sawan tangis. Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat. Kebiasaannya selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.
 
17 - Penderitaan dan halangan. Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Sihir juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.

GANGGUAN SIHIR DAN JIN

           Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

        Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

           Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit. Penulis pernah berjumpa dengan pesakit yang mempunyai lebih dari 80 jin dalam badan pesakit. Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin dalam badan mereka. Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.