Sunday 22 December 2013

SAKA JENIS HAIWAN

SAKA KETURUNAN
Mengikut pengalaman kami selama ini dan kesimpulan tentang SAKA dan jenis-jenis SAKA yang dapat kami kongsikan.

SAKA adalah sejenis MAKHLUK ALLAH terdiri daripada IBLIS/JIN/SYAITAN yang diwarisi dari keturunan terdahulu kepada keturunan sekarang.

Kami mengkelaskan SAKA dalam beberapa kumpulan diantara nya jenis SAKA HAIWAN (harimau/buaya)

SAKA HARIMAU
Pada kebiasaan saka jenis ini terdapat pada golongan berdarah JAWA/BUGIS. Pewaris yang menerima saka jenis ini kebiasaan akan sering mengalami sakit bahagian perut dan pinggang tanpa sebab yang berlarutan.Kadang-kadang juga pewaris berkebolehan mengurut dan perbidanan( perempuan).Pewaris juga kebiasaanya boleh merawat beberapa jenis penyakit (BOMOH).Apabila dalam keadaan marah pewaris boleh bertindak luar kawal seperti pergaduhan dgn rakan mau pun keluarga. Kadang-kadang pewaris mempunyai sikap panas baran yang agak teruk. Pewaris juga kebiasaan mempunyai sifat cintakan DUNIA yang amat tinggi. Pewaris saka juga ini juga mempunyai keinginan SEX yang tinggi tapi DAYA sex yang rendah.Hampir kebanyakan pewaris akan lemah daya sex pada peringkat 35 tahun keatas. Saka jenis ini kurang mengganggu emosi pewaris cuba lebih kearah PERBOMOHAN.Kadang kala pewaris menggemari seni pertahankan diri SILAT jenis harimau. Saka jenis ini juga kadang-kadang menyerang bahagian organ dalaman seperti PANGKRES dan RAHIM dan kebanyakkan pewaris akan mudah mendapat kencing manis dan buah pinggang.

SAKA BUAYA
Saka jenis ini kebiasaan berdarah BUGIS.Pewaris kebiasaan sering bermasalah bahagian kaki,punggung,bahu dan tengkok.Pewaris sering mengalami masalah urat bersimpul-simpul dibahagian kaki dan KREM di bahagian kaki. Sendi lutut dan sendi buku lagi juga kerap bisa. Pada peringkat yang lebih teruk pewaris akan rasa saolah badannya dicemkam dari belakang sahingga ke bahu.Di bahagian belakang badan saolah ada satu tali yang sgt bisa meliliti sahingga dada depan.Saka jenis ini diantara saka haiwan yang paling kuat dan tak ramai perawat dapat menyelesaikan saka jenis ini. Pewaris juga sering sakit kepala yang teruk. Pewaris juga sering bermimpi melihat buaya ini berwarna putih dan emas. Jika dalam keadaan terdesak seperti diancam pewaris boleh bertukar saolah.olah menjadi buaya dan menggigit orang yang mengancamnya.Ada juga pewaris yang mengalami rabun teruk daripada kecil. Dan lebih teruk kadang.kadang pewaris kelihatan sgt garang dan hodoh pada pandangan org sekeliling.Pewaris juga memiliki penyakit kulit seperti jerawat ,kurap,panau yang berpanjangan.

Ini hanya coretan dari pengalaman merawat kami,

Bersambung.....

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Saya nak tanya..boleh ka saka buaya ni di buang?

    ReplyDelete
  2. Boleh, sila hubungi kami di no 0104214012

    ReplyDelete
  3. Ermm.. Ada cara laen x..? Nak tau yg kita ni memilik saka buaya atau x..?

    ReplyDelete
  4. Assalam... saya warga melayu keturunan panglima bugis disebelah ibu manakala disebelah ayah pula berketurunan pahlawan jawa... ad beberapa kesan diatas pernah terjadi tetapi sy xtau yg sy ni ad saka atau tidak...

    ReplyDelete