INFO

KATA DARI KAMI 
Ketahuilah olehmu, resapkan ke dadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindungan Yang Maha Besar engkau berdiri. Adalah engkau hidup dan dihidupkan. Dari itu sembahlah Dia, Allah Yang Maha Esa dan mohonkan segalagalanya kepada-Nya. Engkau menjadi orang melalui ibu bapamu. Kalau tidak ada ibu bapamu tentu engkau tak akan menjadi manusia, kerana ibu bapamu manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalamdalamnya dan jangan derhaka kepadanya. Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandunganya kerana dia yang mengandung engkau. Seorang anak tak akan menjadi kalau tak ada bapamu.

KATA DARI KAMI 
Aku berpegang pada YANG HIDUP, aku belajar daripada yang tidak ada,aku bergantung pada yang gelap,aku turuti pada yang tidak nyata,aku berkasih pada yang tidak nampak, semua ini ku jadikan pegangan.Orang mencari benda yang ada aku mencari benda yang tidak ada. Bagiku di tidak ada lah letaknya ADA. Kerana yang menjadikan semua yang ada berasal dari yang tidak ada.

KATA DARI KAMI 
Pada BadanKU ada DiriKU ,pada Diriku ada AKU, kepaduan antara AKU dan Diriku maka lahirlah HambaKU, HambaKU yang tidak pernah kenal erti penat, hidupnya kerja-kerja siang dan malam melakukan tugas kewajipan menghamba kepada AKU dan DiriKU,Segalah rahsiaKU letaknya di diriKU segala kelebihan letak dihambaKU, AKU menyebut semua itu KAMI. Sejak HambaKU lahir terjadi Sejarah dan masa akan yang akan datang, HambaKU yang terawal ada 19, ada 8 dan ada 4, Cuba teka siapa Hamba?

KATA DARI KAMI 
Ramai yang kami lihat individu-individu diluar sana umpama mencari-cari sessuatu tetapi tidak tahu ape yang mereka cari.Kesini-kesana semua serba tak kena, sering rasa tidak puas dgn hidup ini, umpama ada yang belum selesai sesuatu untuk dilaksanakan. Ada yang sudah belajar pelbagai ilmu dunia/akhirat tetapi masih lagi rasa mahu mencari lagi. Yang mereka cari sebenar ada pada mereka cuma masih terahsia dan tersembunyi dibalik mereka sandiri. Carilah reality diri kita sendiri bukan fantasi dan sangkaan-sangkaan tentang diri kita sendiri. Carilah kasih ABADI itu bukan kasih yang tidak pasti itu.

KATA DARI KAMI 
Sejauh mana kita mungkin kenal akan Allah jika kita tidak kenal akan malaikatnya, sejauh mana kita mungkin akan kenal malaikatnya jika kita tidak kenal akan rasulnya, sejauh mana kita mungkin kenal akan rasulnya jika kita tidak faham akan kitabnya dan sejauh mana mungkin kita faham akan kitabnya jika kita masih pertikaikan qadaq dan qadarnya dan sejauh mana kita redho atas qadaq dan qadarnya jika kita masih lupakan kiamatnya,

KATA DARI KAMI
Sejak kita dilahirkan, kita dilahirkan dgn bakat dari ROH kita sendiri,tapi kebanyakan kita melalui kehidupan dan hanya menggunakan bakat dari zahir kita sahaja. Apabila kita dapat mencari bakat sebenar ROH kita dan kita gunakan dgn betul kejayaan dan keajaibpan lebih menyerlah dan berjaya, Bakat dari ROH tidak semestinya dalam bidang kebatinan sahaja tetapi meliputi semua aspek bidang dalam dunia ini.

KATA DARI KAMI
Untuk mengubah kehidupan kita daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik kita seharusnya berdoa dan terus berdoa dahulu sahingga temui jalan perubahan tersebut barulah berusaha dan terus berusaha di jalan yang sudah kita temui itu..Adalah kesalahan jika kita terus berusaha dahulu baru berdoa..kerana kita mungkin akan melalui jalan yang salah, kita akan melalui kegalan demi kegagalan sahingga lesu dalam usaha kita.


No comments:

Post a Comment