Sunday 17 November 2013

PENGAKUAN PESAKIT



PESAKIT 1
Kak Su ( umur 45 tahun ) Selangor
Saya mempunyai sakit misteri yang hampir 18 tahun dihidapi.  Saya kerap sakit yang amat sangat di bahagian belakang badan.  Sakit dari pinggang, bahu, tengkok dan kepala. Penyakit ini datang-datang dan kerap berlaku pada sebelah malam.  Sudah banyak tempat saya dirawat tapi hasilnya masih sama. Pulih satu minggu kena balik.  Berulang-ulang dan hampir putus asa.  Dada selalu berdebar-debar dan perasaan tak menentu.  Kerap marah dan malas beribadah.  Hidup agak susah hendak diuruskan.  Selalu hadapi masalah kehidupan.

Alhamdulillah setelah dirawat di PUSAT RAWATAN AL-HAQ saya bertambah pulih, saya disarankan mengambil QUDRAD WATER selama 2 bulan dan semua kembali normal dalam hidup saya.

Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA BUAYA,darah tinggi


PESAKIT 2
HUZAIMI (33 tahun) Johor
Saya mempunyai masalah kehidupan yang agak serius serta penyakit darah tinggi dan kencing manis peringkat awal.  Saya selalu bertukar-tukar tempat kerja, sering bosan dalam buat sesuatu pekerjaan.  Sikap yang terlalu boros dalam hidup.  Dapat je gaji seminggu dah habis tapi apa pun tak nampak.  Sering keletihan dan sesak nafas.  Berjalan sikit mudah rasa penat.  Macam-macam ubat sampingan dah cuba makan tapi sama je.  Ada saja iklan ubat yang baik terus cuba tapi sama je.  Selalu mimpi ngeri.  Hidup banyak hutang sampai tak tau nak buat apa.  Semakin hari semakin rasa macam tak nak hidup lagi.  Banyak tempat perubatan dah pergi tapi sama je.  Kadang-kadang macam mengarut pun ada.  Macam nak air tujuh masjid laa, nak bakar kemenyan waktu magrib laa.  Setiap hari saya berdoa dan akhirnya saya bertemu dengan PUSAT RAWATAN AL-HAQ.

Alhamdulillah setelah dirawat semua  penyakit beransur  kurang dan segala masalah kehidupan dapat diatasi dengan tenang.

Kesimpulan Pusat Rawatan  : SAKA PENJAGA (HANTU RAYA), SAKA HARIMAU, kencing manis dan darah tinggi
 

PESAKIT 3
MUHAMMAD (52 tahun) Selangor
Saya mempunyai penyakit misteri iaitu semput yang agak kronik.  Saya mengalaminya hampir 2 tahun.  Saya sudah membuat pemeriksaan di hospital tapi tiada apa penyakit yang dapat dikesan. Yang peliknya penyakit saya datang-datang. Dalam satu minggu 4 kali atau 5 kali dia datang. Bila sakit tu datang berserta sakit kepala yang amat sangat dan semput sehingga hampir putus nafas.  Banyak tempat rawatan telah saya pergi tapi keputusannya sama sahaja.  Nak kerja pun susah, nasib baik kerja dengan kerajaan.  Badan semakin hari semakin kurus, selera makan hilang.  Setiap hari berdoa agar ALLAH dapat sembuhkan penyakit ini.

Alhamdulillah setelah mendapat rawatan di PUSAT RAWATAN AL-HAQ, sebanyak 4 kali saya semakin sihat seperti asal.

Kesimpulan Pusat Rawatan : SIHIR
 

PESAKIT 4
KAMAL (50 tahun) Perak
Saya mengalami penyakit misteri ni sudah 3 tahun lebih. Bila penyakit ini datang saya terasa loya, muntah-muntah sehingga tidak boleh buka mata dan kepala berpusing pusing.  Saya sudah beberapa kali masuk hospital, sekali masuk kos rawatan hampir RM 5,000. Tapi sama sakit tetap datang.  Penyakit ni datang 2 ke 3 bulan sekali, tapi penat nak melayannya.  Saya dah pergi jumpa bomoh dan rawatan alternatif, tapi sama je tidak ada apa pun yang berubah.  Akhirnya permohonan saya pada ALLAH telah dikabulkan saya jumpa jalan untuk penyakit ini.

Syukur pada ALLAH setelah mendapat rawatan di  PUSAT RAWATAN AL-HAQ, sebanyak 4 kali penyakit saya telah beransur pulih.

Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA berangkai


PESAKIT 5
HASBULLAH (42 tahun) Melaka
Saya mempunyai masalah penglihatan yang amat kronik.  Saya hanya boleh membaca dalam jarak 4 inci dari mata saya sahaja.  Objek semua nampak macam ada kabus warna putih.  Pakar mata kata masalah saraf dan tiada apa yang boleh dibantu.  Semua kerja tak dapat dilakukan, hampir 6 tahun saya mengalaminya.  Hampir putus asa merawat dengan mana-mana tempat rawatan.  Saya teruskan hidup dengan berserah kepada ALLAH.  Banyak tempat rawatan kata SIHIR, tapi yang pelik tak selesai juga.  Saya sampai pergi ke INDONESIA berubat 3 kali, tapi pulih 2 hari je, itu yang pelik. Yang lagi pelik masa saya menunaikan umrah hilang kabus tu.  Sehingga salah seorang ahli keluarga mengenalkan saya PUSAT RAWATAN AL-HAQ.

Saya amat bersyukur pada ALLAH penglihatan saya kembali pilih seperti sebelum sakit dahulu.

Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA berangkai

No comments:

Post a Comment