Sunday 22 December 2013

SAKA JENIS PENJAGA

SAKA KETURUNAN
Mengikut pengalaman kami selama ini dan kesimpulan tentang SAKA dan jenis-jenis SAKA yang dapat kami kongsikan.

SAKA adalah sejenis MAKHLUK ALLAH terdiri daripada IBLIS/JIN/SYAITAN yang diwarisi dari keturunan terdahulu kepada keturunan sekarang.

Kami mengkelaskan SAKA dalam beberapa kumpulan diantara nya jenis SAKA MENJAGA JENIS PAHLAWAN

Saka jenis ini adalah diantara jenis yang terkuat diatara jenis jenis SAKA, saka ini akan menduduki badan seseorang dan cuba menguasai seseorang sepenuhnya tanpa si badan tidak sedari, biasa seseorang yang mewarisi saka jenis ini terasa dirinya saolah olah ada kelebihan seperti mengubat orang,firasat tinggi, dapat melihat alam ghaib dan pelbagai lagi, Sedangkan si badan sendiri badannya tidak berapa sihat dan sakit sakit dan macam-macam masalah kesihatan. Pewaris juga sering dibayangkan tentang konon-konon mereka ada pangkat di alam ghaib, didatangi wali-wali dan boleh berbicara dgn wali-wali terdahulu di alam ghaib diantaranya PANGLIMA PERANG, LASAMANA, DATOK SHABANDAR ,RAJA ALAM GHAIB, PUTERI RAJA ,dan pelbagai lagi gelaran gelaran di alam GHAIB. Semua ini KAMI gelarkan HALUSINASI. Pewaris tidak perasan mereka dipermainkan oleh SAKA tadi. Dan jenis SAKA ini kadang-kala tidak dapat dikesan oleh perawat-perawat. Pewaris juga kerab terbawa-bawa sifat SAKA tadi seperti berpakaian ala perdekar suka pada barang lama seperti KERIS,KERAMBIT dan pelbagai senjata yang lama lama. Kadang-kadang mereka amat GAGAH dan kuat pada ZAHIRnya, tidak pernah sakit dan STAMINA yang agak tinggi walau tidak ada lakukan senaman apa-apa sekalipun tetapi mengalami masalah penyakit KEKAL separti kencing manis,darah tinggi dan kerosakan organ dalaman. Kadang-kadang pewaris rasakan mereka amat beruntung dan berbakat dan disegani di alam ghaib, mereka juga mengatakan mereka dari keturunan yang baik -baik seperti PANGLIMA itu laa PANGLIMA ini laa.Keturunan raja dan sebagainya tetapi semua ini hanya permainan SAKA sahaja. Permaina SAKA amat halus dan licik kerana mereka sudah hidup lebih lama dari kita.

Bagi kami kita harus jadi DIRI kita sendiri bukan DIRI orang-orang dahulu. Kita hidup diabad 21.Kita seharusnya berfikiran moden mengikut arus zaman ini. Kita harus berfikiran lebih kereatif dan tajam demi untuk menempuh zaman yang lebih mencabar ini, bukan berfikiran lama seperti orang lama-lama dahulu. Ini zaman kita bukan zaman mereka jadilah DIRI kita di zaman kita ini.

Kami hanya menulis mengikut pengalaman kami sebagai perawat dan harap tidak ada yang terasa.

bersambung.......

No comments:

Post a Comment