Sunday 18 December 2016

TEMPAT KERAMAT / TEMPAT MISTER



Hasil dari pengalaman-pengalaman KAMI berjalan di tempat-tempat keramat / misteri , KAMI mengkaji apa sebenar yang berlaku di kawasan tersebut secara ilmiah dan bukan mistik.
Diantara tempat-tempat yang KAMI pergi adalah gunung ledang johor, pulau besar melaka , tanah perkuburan keramat seperti makam para wali , makam lama , gunung jerai kedah , tanjung tuan PD, beberapa masjid keramat di malaysia dan hampir semua tempat keramat , hampir semua tempat berhantu dan pelbagai cerita misteri yang biasa ku dengar dari mulut-mulut org.

Semua sedia maklum setiap benda nyata ini ada mempunyai rohnya tersendiri. Bumi , gunung , pokok , batu , lautan dan segala benda yang tuhan jadikan ada mempunyai ROH. Aku menggelar roh ini adalah kumpulan jenis-jenis tenaga yang berbeza mengikut sesuatu benda- benda tersebut. Tanah ada tenaga nya , gunung ada tenaga nya , pokok ada tenaga nya , setiap tempat ada tenaga nya tersendiri.
Manusia tidak perasan atau lupa sebenarnya kita ini adalah KHALIFAH atau peminpin , setiap individu itu adalah KHALIFAH sebenarnya. Persoalan di sini apakah kekuatan kita ? Kekuatan kita adalah NIAT KITA.
Semakin ramai yang mengakui sesuatu tempat itu berkeramat maka sebenar nya kita telah BERNIAT tanpa sengaja MENGAKTIF kan tenaga di kawasan sesuatu tempat yang kita percaya ia keramat , semakin ramai yang mengakui maka semakin ramai yang BERNIAT ,hasil nya tenaga tempat itu semakin active dan kuat. Semakin tenaga di sesuatu tempat ini semakin kuat maka ia akan mula mempengaruhi MINDA -MINDA manusia yang lain pula, semakin tenaga ini kuat juga ia mampu mengkabul permintaan kita pula, padahal kita yang MENGAKTIFKANYA DAN MENGUATKNYA..
Kejadian ini bermula sejak turun menurun berabad lalu sehingga kini , maka tempat itu semakin kuat dan semakin mempengaruhi manusia-manusia lain di masa kini.
Asal tempat-tempat itu hanyalah NEUTRAL tapi manusia lah yang menghitamkan atau memutihkan sesuatu tempat itu tanpa mereka sedari.
Ramai yang bodoh dan tertipu dgn tipu daya ini. Yang mengatakan di sesuatu tempat itu ada PAK SYEKH LAH , ADA WALI ALLAH LAH , ada itu dan ada ini lah dan mcm mcm lagi cerita dongeng.
Buka lah MATA HATI kita , renong sedalam dalam mungkin , siapakah mereka ini? Benar ke apa yang di bicarakan oleh org terdahulu lagi. Kalau mungkin org dulu-dulu kurang cerdik , jadi kita hari ini harus cerdik menilai dari pelbagai sudut agar kita tidak tertipu lagi dgn cerita-cerita dongeng ini.
Tempat paling KERAMAT dan BERKUASA ada dalam DIRI kita sebenarnya, janganlah bersandar pada selain dalam DIRI kita , kelak ia memudaratkan kita ..
MASTER YAHYA
0104214012