Sunday 17 November 2013

ILMU KU ILMU GHAIB


Ilmuku ilmu ghaib, berasal dari yang ghaib, datangnya dari Yang Maha Ghaib. Kepada saudaraku, kaumku, bangsaku yang berasa ketinggalan dalam mengecap nikmat hidup di dunia ini, aku pesankan janganlah cemas, janganlah iri hati dan jangan putus asa kerana masih ada jalan. Masih ada kesempatan bagimu untuk mengejar ketinggalan itu.
 

Kebanyakan dari mereka yang punya itu (nikmat hidup),adalah hasil dari ilmu akalnya; mengambil kesempatan dalam kesempitan, membolehkan yang tak boleh, menghalalkan yang haram dan lain sebagainya. Ketahuilah olehmu bahawa kesemua mereka itu mempergunakan tenaga lahir, tenaga yang bergelumang dengan hawa nafsu. Kalau akal sihatmu tak mahu berbuat seperti jalan alam fikiran mereka itu, tandanya kebenaran masih ada padamu, sungguhpun hati kecilmu, perasaanmu ingin hendak mempunyai seperti apa yang dipunyai mereka itu. Dan kebenaran yang ada padamu letaknya ialah di dirimu. Letakkanlah sesuatu pada tempatnya dengan mengharamkan yang haram, menghalalkan yang halal dan jangan pakai kesempatan dalam kesempitan.
 
Kuasailah dirimu, letakkanlah pula pada tempatnya iaitu di ketenangan dan kedamaian. Pembawaan yang tenang itulah menentukan harga diri seseorang. Rumahtangga yang mewah tak ada erti, kalau tidak ada ketenangan di dalamnya. Sebaliknya, kemiskinan, kemelaratan menandakan kebodohan, tak tahu harga diri.
 
Berfikir, berbuat, berlaku dengan tenaga lahir termasuk golongan sudah tua, dan sudah sangat tua. Ketahuilah olehmubahawa padamu ada tenaga yang tersembunyi, yang belum pernah engkau pakai selama ini secara positif, dan belum pernah pula dipergunakan orang. Ada beberapa orang yang telah dapat memakainya, akan tetapi terbatas iaitu masih tetap tinggal di dalam, masih diselubungi juga hawa nafsu. Yang dinamakan kekuatan batin, tenaga yang tersembunyi itu mengaliri seluruh batang tubuh di dalam.
 
Bagi orang yang belum menemuinya, adalah dia itu terkurung, negatif dan pasif. Bagi mereka yang telah menemuinya, dia jadi bebas, positif dan aktif. Untuk mengejar ketinggalan kita di dalam segala hal, tenaga itulah yang akan dipergunakan kerana selain belum dipergunakan orang, sangat banyak daya gunanya. Carilah itu tenaga yang tersembunyi, sampai dapat engkau kuasai. Dia ada padamu dan banyak di luar. 

Tingkatkan cara berfikirmu ke dalam; hentikan segala gerak-langkah lahirmu sehingga yang tinggal gerak yang tak dapat engkau menguasainya. Gerak yang tinggal itu ialah gerak dari tenaga batinmu atau tenaga yang tersembunyi bagimu. Dengan perlakuan semacam itu, sudah mulai engkau mengadakan pemisahan di badan dirimu, pemisahan antara gerak lahir dan gerak batin; tenaga lahir dan tenaga batin, antara badan dan diri. Terjadinya itu baharu pemisahan di dalam. 

Sekarang tingkatkan lagi fikiranmu bagaimana caranya hendak mengetahui dan dapat merasakan tenaga dalam itu. Untuk itu tentu engkau mesti membawa tenaga itu keluar, yang bererti engkau harus menembus alamnya sendiri sampai ke kulit dan bulumu. Sanggupkah engkau sendiri menembus itu, dengan perkataan lain membuka pintu yang tertutup? 

Jawabnya ialah, sebaik-baiknya engkau cari orang yang tahu dan mengerti dan telah mempunyai untuk meminta petunjuk petunjuk. Kalau perlu, berguru kepadanya

No comments:

Post a Comment