Sunday 17 November 2013

PENGALAMAN MENJADI SEORANG PERAWAT



Bermula pada tahun awal 2008 saya telah membawa satu ilmu diatas ketentuan ILAHI.  Dengan ketentuan tuhan dan petunjuk-petunjuknya saya tinggalkan semua dunia untuk sementara.  Saya mendalami ilmu ini dan boleh dikatakan saya juga berbangga atas pencapaian saya sekarang. Saya juga mendalami dalam ilmu tasauf (mengenal diri sendiri).  Setelah diamati dari ilmu ini saya telah memecahkan banyak rahsia diri berkenaan orang mengatakan ‘AKU’. Terhasil daripada ilmu ini saya sudah duduk di alam ‘rasa’ seperti kata SYEKH ABDUL KADEER JAILANI dalam kitab SIRUL ASRAR (Orang yg sudah mencapai pada ROH AD-KURSI duduk di keadaan rasa). Rasa itu satu rasa yang sukar saya ceritakan, umpamanya diri sebenar diri itu terdiri daripada sesuatu gelombang yang sangat tenang dan damai dari diri lain seperti jin, terdiri daripada gelombang yang berbeza.
                         
                              Atas petunjuk ILAHI saya mendalami lebih lanjut ilmu ini maka saya terus meneroka lebih dalam sehingga saya mempunyai kebolehan yang luar biasa melawan mahluk halus dalam tubuh manusia. Daripada pengalaman saya mendalami ilmu ini pada peringkat awal hanya ingin menghambakan diri pada TUHAN YANG ESA sahaja. Tetapi atas ketentuannya saya perolehi kekuatan dalaman yang amat menakjubkan. Saya juga menghabiskan masa 4 tahun ini hanya meneliti bidang tasauf dan metafizik.  Saya juga sudah mempraktikkan apa yang saya ada pada pesakit kronik moden pada asasnya tetapi lebih kepada gangguan mahluk halus. Apa yang ada pada saya umpama QIQONG juga, umpama RIEKIE juga, tetapi apa yang saya berani saya katakan ia lebih dari mereka cuma saya tak dapat nak ceritakan cuma boleh dibuktikan. Saya juga pernah membuat penilaian menggunakan mesin khas untuk menilai kekuatan AURA,YING dan YANG .  Hasil dari penilaian tersebut, saya adalah orang pertama yang mempunyai YING dan YANG paling seimbang iaitu 50:50. Mengikut pengalaman dan kajian saya juga boleh saya katakan hampir semua penyakit berpunca daripada mahluk halus cuma beza tingkatan mahluk tersebut.
                    
                            Terdapat pengalaman belajar sambil merawat beberapa orang pesakit kronik seperti mata yang hampir buta akibat disihir. Gangguan perasaan yang kronik akibat disihir dan banyak lagi seperti saka tunggal dam saka berangkai yang dapat saya selesaikan atas izinNYA. Berpengalaman menangani kerasukan dan saya juga boleh menangani masalah agar pesakit tidak dirasuk walaupun makhluk halus sangat kuat. Saya berpegang kita ( manusia ) adalah paling sempurna di dunia ini. Kepaduan AKAL(otak) dan PERASAAN (dada) menghasilkan MAKRIFAT(bayangan) yang paling tinggi nilai kuasanya dan boleh merobohkan segala ilmu hitam di dalam tubuh pesakit. Saya juga banyak berlatih kepada ahli keluarga dengan menyelesaikan masalah sakit lutut, sendi, migren, darah tinggi, kencing manis, gaut dan sebagainya. Saya juga berupaya memperbaiki ORGAN DALAMAN yang rosak seperti paru paru, jantung, buah pinggang, hati, limfa, hempedu dan sebagainya. Saya juga berupaya membuat air rawatan (air jampi) khas untuk menyembuh mana-mana organ dalaman dan apa jua dengan izinNYA. Dengan izinNYA jua saya berupaya buat semuanya dan memperoleh kelebihan ini. Sungguh terasa malu dan hiba padaNYA dan bersyukur atas limpahan kurnianya pada saya di atas kelebihan ini. Saya juga masih lagi mendalami ilmu ini dan ilmu yang lain sehingga ketentuanNYA yang saya belum pasti.
  
                                                       
                                Daripada kajian saya,  selain sihir,saka dan gangguan jin terdapat juga jin/syaitan/iblis yang saya gelarkan (negative energy) ini yang banyak memasuki badan manusia daripada makanan, ubatan moden,  persekitaran yang kotor, pemikiran yang tidak baik dan udara sedikit demi sedikit dan akhirnya berkampung dalam tubuh manusia dan mengakibatkan penyakit-penyakit moden. Dunia semakin maju dan manusia hari ini kurang beramal seperti yang disyariatkan dalam Islam kerana kesibukan kedunian. Kesan jangka panjang mereka dijajah oleh negative energy mengakibatkan penyakit-penyakit moden. Dalam kajian saya juga apa yang disyariatkan Agama Islam seperti menunaikan rukun Islam itu satu kewajipan yang mesti dilakukan. Daripada perbuatan yang Agama Islam syariatkan tersebut menghasilkan sejenis tenaga dan bercantum dengan tenaga rohani kita dan menjadikan tenaga rohani kita kuat dalam ertikata lain tenaga rohani itu penuh dan padat dalam badan kita maka tiada ruang kosong untuk negative energy mendudukinya. Untuk memastikan tenaga rohani sentiasa penuh dan padat adalah kewajipan seseorang islam itu mengamalkan bacaan Al-Quran, berzikir, solat sunat dan sebagainya. Walaupun banyak lagi cara untuk menguatkan tenaga rohani ini seperti tahan nafas (amalan QiQong / para wali terdahulu), tafakur (amalan Riekie/amalan Yoga / amalan Nabi Muhammad S.A.W / para wali ) dan bermacam lagi cara yang ada orang Islam hari ini harus didedahkan tentang amalam ini kepada mereka. Kesan daripada negative energy yang berkampung dalam badan ini juga mengakibatkan seseorang itu akan bertindak emosi keterlalaun umpama perangai negative energy tersebut. Daripada pengamatan saya juga terdapat banyak dikalangan orang melayu Islam ini yang negative energy ini berkampung dalam badannya tanpa mereka sedari. Jadi berlakulah salah menyalahi, dengki, tamak, gila kuasa panas baran, suka berhutang, kepincangan fahaman politik, malas dan sebangainya. Sifat-sifat ini terjadi kerana negative energy ini sudah menjajah energy asal (TENAGA ROHANI) dan mereka sudah membawa sifat negative energy ini.

                                Saya juga banyak buat rujukan ilmu ini daripada buku DIRIKU YANG KU KENAL, DIRI BATIN KU (ALLAHYARHAM PHD DR.BAPAK BAGINDO MUCHTAR BIN UDIN). KITAB SURUL AS RAR ( ALLLAHYARHAM TUAN GURU SYEKH ABDUL KADEER JAILANI) dan kitab kitab AHLI SUFI terdahulu, hadis-hadis nabi dan firman-firmanNYA agar saya lebih yakin dengan apa yang saya perolehi ini bukan sesat lagi menyesatkan melainkan kebenaran semata-mata. Ilmu tuhan itu sangat luas tak terhingga cuma ketentuanNYA sahaja siapa yang dia kehendakinya dan bagi saya ini amanah yang saya harus laksanakan demi manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment