Sunday 24 June 2018

MUTASI KEROHANIAN


Semua sedia maklum KEROHANIAN adalah sesuatu benda GHAIB dan JASAD adalah TUBUH atau benda NYATA.
Dari hasil kajian yg kami amati segala penyakit-penyakit di TUBUH bermula dari kerosakan-kerosakan di KEROHANIAN di peringkat awalnya. KAMI menggelarkannya MUTASI KEROHANIAN.
Sebelum JASAD seseorang didatangi sesuatu penyakit MODEN ,kebiasaan MUTASI kerohanian telah berlaku seawal 3 tahun sebelum JASAD seseorang menghidap sesuatu penyakit.
MUTASI KEROHANIAN adalah kesan dari penurunan FREKUENSI KEROHANIAN seseorang dan PERUBAHAN SIFAT KEROHANIAN iaitu dari SIFAT yg baik kepada SIFAT yang kurang baik.
SIFAT yg dimaksudkan adalah PERANGAI -PERANGAI yang terzahir kepada JASAD seperti MARAH YANG MELAMPAU , KEDUNIAAN YANG MELAMPAU, EMOSI YANG TIDAK STABIL , FIKIRAN NEGATIF YANG KERAP dan bermacam lagi.
Selain itu MUTASI KEROHANIAN juga mengubah corak pemikiran seseorang seperti lebih percaya cerita mistik seperti hantu , jembalang , pontianak dan sebagainya. Mereka juga kadang-kadang dapat melihat benda GHAIB seperti hantu dan sebagainya. Tetapi apa yang terjadi adalah kepalsuan yang terjana dari MINDA -MINDA mereka. 
Jika seseorang perasan akan perubahan perubahan sifat ini, seharusnya mengambil jalan penyelesaian secepat mungkin supaya MUTASI KEROHANIAN dapat dihentikan di peringkat awal.
MUTASI KEROHANIAN juga boleh berlaku kesan dari SIHIR dan gangguan SAKA KETURUNAN, ramai perawat yang mampu mengeluarkan segala GANGGUAN pada pesakit tapi ramai PERAWAT tidak tahu cara untuk mengundur balik MUTASI KEROHANIAN ini. Kesan daripada ini PESAKIT akan mengalami masalah yang berulang-ulang.
Di sini KAMI ada beberapa KAEDAH agar KEROHANIAN yang BERMUTASI ini dapat di selesaikan.

No comments:

Post a Comment