Monday, 23 December 2013

KERASUKAN/HESTERIA

Seseorang yang pernah dirasuk/heteria adalah akibat dariada IBLIS sudah menguasai sepenuhnya saraf otak dan kawasan otak mereka sindiri.Seseorang seharusnya mencari perawat yang ARIF dalam merawat kes kes begini, jika sudah dirawat dan masih lagi kerasukan/hesteria bermaksud perawat gagal mengeluarkan IBLIS di saraf otak mereka. Kes begini tidak boleh dipandang remeh kerana seseorang yang mengalami kes ini boleh mengakibatkan HALUSINASI yang teruk dan berangan yang melampau dan kemungkinan GILA, Seseorang yang mengalami kes sebegini juga boleh mengakibatkan tindakkan luar kawalan tanpa mereka sedari. Kebanyakkan kes begini seseorang yang dirasuk akan mengaku seseorang yang lain dan berikut akan mengaku lagi seseorang lain lagi padahal semua pengakuan itu adalah makhluk yang sama cuma perawat diperbodohkan sahaja apabila berdepan kes sebegini.Seseorang yang mengalami kes ini HARUS keluar dari masalah ini secepat mungkin untuk kebaikan kita dan orang sekeliling kita.

Sunday, 22 December 2013

SAKA JENIS HAIWAN

SAKA KETURUNAN
Mengikut pengalaman kami selama ini dan kesimpulan tentang SAKA dan jenis-jenis SAKA yang dapat kami kongsikan.

SAKA adalah sejenis MAKHLUK ALLAH terdiri daripada IBLIS/JIN/SYAITAN yang diwarisi dari keturunan terdahulu kepada keturunan sekarang.

Kami mengkelaskan SAKA dalam beberapa kumpulan diantara nya jenis SAKA HAIWAN (harimau/buaya)

SAKA HARIMAU
Pada kebiasaan saka jenis ini terdapat pada golongan berdarah JAWA/BUGIS. Pewaris yang menerima saka jenis ini kebiasaan akan sering mengalami sakit bahagian perut dan pinggang tanpa sebab yang berlarutan.Kadang-kadang juga pewaris berkebolehan mengurut dan perbidanan( perempuan).Pewaris juga kebiasaanya boleh merawat beberapa jenis penyakit (BOMOH).Apabila dalam keadaan marah pewaris boleh bertindak luar kawal seperti pergaduhan dgn rakan mau pun keluarga. Kadang-kadang pewaris mempunyai sikap panas baran yang agak teruk. Pewaris juga kebiasaan mempunyai sifat cintakan DUNIA yang amat tinggi. Pewaris saka juga ini juga mempunyai keinginan SEX yang tinggi tapi DAYA sex yang rendah.Hampir kebanyakan pewaris akan lemah daya sex pada peringkat 35 tahun keatas. Saka jenis ini kurang mengganggu emosi pewaris cuba lebih kearah PERBOMOHAN.Kadang kala pewaris menggemari seni pertahankan diri SILAT jenis harimau. Saka jenis ini juga kadang-kadang menyerang bahagian organ dalaman seperti PANGKRES dan RAHIM dan kebanyakkan pewaris akan mudah mendapat kencing manis dan buah pinggang.

SAKA BUAYA
Saka jenis ini kebiasaan berdarah BUGIS.Pewaris kebiasaan sering bermasalah bahagian kaki,punggung,bahu dan tengkok.Pewaris sering mengalami masalah urat bersimpul-simpul dibahagian kaki dan KREM di bahagian kaki. Sendi lutut dan sendi buku lagi juga kerap bisa. Pada peringkat yang lebih teruk pewaris akan rasa saolah badannya dicemkam dari belakang sahingga ke bahu.Di bahagian belakang badan saolah ada satu tali yang sgt bisa meliliti sahingga dada depan.Saka jenis ini diantara saka haiwan yang paling kuat dan tak ramai perawat dapat menyelesaikan saka jenis ini. Pewaris juga sering sakit kepala yang teruk. Pewaris juga sering bermimpi melihat buaya ini berwarna putih dan emas. Jika dalam keadaan terdesak seperti diancam pewaris boleh bertukar saolah.olah menjadi buaya dan menggigit orang yang mengancamnya.Ada juga pewaris yang mengalami rabun teruk daripada kecil. Dan lebih teruk kadang.kadang pewaris kelihatan sgt garang dan hodoh pada pandangan org sekeliling.Pewaris juga memiliki penyakit kulit seperti jerawat ,kurap,panau yang berpanjangan.

Ini hanya coretan dari pengalaman merawat kami,

Bersambung.....

SAKA JENIS PENJAGA

SAKA KETURUNAN
Mengikut pengalaman kami selama ini dan kesimpulan tentang SAKA dan jenis-jenis SAKA yang dapat kami kongsikan.

SAKA adalah sejenis MAKHLUK ALLAH terdiri daripada IBLIS/JIN/SYAITAN yang diwarisi dari keturunan terdahulu kepada keturunan sekarang.

Kami mengkelaskan SAKA dalam beberapa kumpulan diantara nya jenis SAKA MENJAGA JENIS PAHLAWAN

Saka jenis ini adalah diantara jenis yang terkuat diatara jenis jenis SAKA, saka ini akan menduduki badan seseorang dan cuba menguasai seseorang sepenuhnya tanpa si badan tidak sedari, biasa seseorang yang mewarisi saka jenis ini terasa dirinya saolah olah ada kelebihan seperti mengubat orang,firasat tinggi, dapat melihat alam ghaib dan pelbagai lagi, Sedangkan si badan sendiri badannya tidak berapa sihat dan sakit sakit dan macam-macam masalah kesihatan. Pewaris juga sering dibayangkan tentang konon-konon mereka ada pangkat di alam ghaib, didatangi wali-wali dan boleh berbicara dgn wali-wali terdahulu di alam ghaib diantaranya PANGLIMA PERANG, LASAMANA, DATOK SHABANDAR ,RAJA ALAM GHAIB, PUTERI RAJA ,dan pelbagai lagi gelaran gelaran di alam GHAIB. Semua ini KAMI gelarkan HALUSINASI. Pewaris tidak perasan mereka dipermainkan oleh SAKA tadi. Dan jenis SAKA ini kadang-kala tidak dapat dikesan oleh perawat-perawat. Pewaris juga kerab terbawa-bawa sifat SAKA tadi seperti berpakaian ala perdekar suka pada barang lama seperti KERIS,KERAMBIT dan pelbagai senjata yang lama lama. Kadang-kadang mereka amat GAGAH dan kuat pada ZAHIRnya, tidak pernah sakit dan STAMINA yang agak tinggi walau tidak ada lakukan senaman apa-apa sekalipun tetapi mengalami masalah penyakit KEKAL separti kencing manis,darah tinggi dan kerosakan organ dalaman. Kadang-kadang pewaris rasakan mereka amat beruntung dan berbakat dan disegani di alam ghaib, mereka juga mengatakan mereka dari keturunan yang baik -baik seperti PANGLIMA itu laa PANGLIMA ini laa.Keturunan raja dan sebagainya tetapi semua ini hanya permainan SAKA sahaja. Permaina SAKA amat halus dan licik kerana mereka sudah hidup lebih lama dari kita.

Bagi kami kita harus jadi DIRI kita sendiri bukan DIRI orang-orang dahulu. Kita hidup diabad 21.Kita seharusnya berfikiran moden mengikut arus zaman ini. Kita harus berfikiran lebih kereatif dan tajam demi untuk menempuh zaman yang lebih mencabar ini, bukan berfikiran lama seperti orang lama-lama dahulu. Ini zaman kita bukan zaman mereka jadilah DIRI kita di zaman kita ini.

Kami hanya menulis mengikut pengalaman kami sebagai perawat dan harap tidak ada yang terasa.

bersambung.......

Sunday, 17 November 2013

JADUAL PUSAT RAWATAN AL-HAQ


Waktu rawatan : 10.00pagi -10.00malam
Hari rawatan : 7 hari seminggu 
Temujanji : Temujanji amatlah digalakkan                   


Kami juga menyediakan rawatan ke luar kawasan (Semenanjung Malaysia, Sabah,Sarawak,Brunie dan Singapura) atas permintaan pesakit.Kami sedia merawat ke kawasan pesakit untuk beberapa hari sahingga rawatan selesai diatas permintaan pesakit.

PERINGATAN PESAKIT



RAWATAN SUSULAN DAN PEMANTAUAN
AKAN DIBERIKAN SEHINGGA
PARA PESAKIT BEBAS
DARI PENYAKIT YANG DIHADAPI 
ATAU DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS


SESUATU PENYAKIT DAN MASALAH
DATANGNYA DENGAN
IZIN ALLAH S.W.T


KAMI AKAN BERIKHTIAR DAN MEMOHON
KEPADA ALLAH S.W.T
UNTUK MEMBANTU MERAWAT
PARA PESAKIT YANG 
MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI
INSYAALLAH 
"DENGAN IZINNYA"


FIRMAN "ALLAH S.W.T" : 
SETIAP PENYAKIT DAN MASALAH ADA
PENYELESAIAN DAN PENAWARNYA 



Setiap sturktur badan kita kalau dipecahkan yg paling kecil adalah ATOM,penyakit berpunca dari kerosakan ATOM tersebut daripada kesalahan cara pembawakan kehidupan kita.Jadi dengan beberapa kaedah rawatan dari kami, kami akan mengantikan ATOM-ATOM yg ROSAK supaya SEMPURNA kembali..Daripada pengalaman pengalaman kami,hampir semua penyakit dapat disembuhkan dengan IZIN ALLAH S.W.T.

PENGAKUAN PESAKIT



PESAKIT 1
Kak Su ( umur 45 tahun ) Selangor
Saya mempunyai sakit misteri yang hampir 18 tahun dihidapi.  Saya kerap sakit yang amat sangat di bahagian belakang badan.  Sakit dari pinggang, bahu, tengkok dan kepala. Penyakit ini datang-datang dan kerap berlaku pada sebelah malam.  Sudah banyak tempat saya dirawat tapi hasilnya masih sama. Pulih satu minggu kena balik.  Berulang-ulang dan hampir putus asa.  Dada selalu berdebar-debar dan perasaan tak menentu.  Kerap marah dan malas beribadah.  Hidup agak susah hendak diuruskan.  Selalu hadapi masalah kehidupan.

Alhamdulillah setelah dirawat di PUSAT RAWATAN AL-HAQ saya bertambah pulih, saya disarankan mengambil QUDRAD WATER selama 2 bulan dan semua kembali normal dalam hidup saya.

Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA BUAYA,darah tinggi


PESAKIT 2
HUZAIMI (33 tahun) Johor
Saya mempunyai masalah kehidupan yang agak serius serta penyakit darah tinggi dan kencing manis peringkat awal.  Saya selalu bertukar-tukar tempat kerja, sering bosan dalam buat sesuatu pekerjaan.  Sikap yang terlalu boros dalam hidup.  Dapat je gaji seminggu dah habis tapi apa pun tak nampak.  Sering keletihan dan sesak nafas.  Berjalan sikit mudah rasa penat.  Macam-macam ubat sampingan dah cuba makan tapi sama je.  Ada saja iklan ubat yang baik terus cuba tapi sama je.  Selalu mimpi ngeri.  Hidup banyak hutang sampai tak tau nak buat apa.  Semakin hari semakin rasa macam tak nak hidup lagi.  Banyak tempat perubatan dah pergi tapi sama je.  Kadang-kadang macam mengarut pun ada.  Macam nak air tujuh masjid laa, nak bakar kemenyan waktu magrib laa.  Setiap hari saya berdoa dan akhirnya saya bertemu dengan PUSAT RAWATAN AL-HAQ.

Alhamdulillah setelah dirawat semua  penyakit beransur  kurang dan segala masalah kehidupan dapat diatasi dengan tenang.

Kesimpulan Pusat Rawatan  : SAKA PENJAGA (HANTU RAYA), SAKA HARIMAU, kencing manis dan darah tinggi
 

PESAKIT 3
MUHAMMAD (52 tahun) Selangor
Saya mempunyai penyakit misteri iaitu semput yang agak kronik.  Saya mengalaminya hampir 2 tahun.  Saya sudah membuat pemeriksaan di hospital tapi tiada apa penyakit yang dapat dikesan. Yang peliknya penyakit saya datang-datang. Dalam satu minggu 4 kali atau 5 kali dia datang. Bila sakit tu datang berserta sakit kepala yang amat sangat dan semput sehingga hampir putus nafas.  Banyak tempat rawatan telah saya pergi tapi keputusannya sama sahaja.  Nak kerja pun susah, nasib baik kerja dengan kerajaan.  Badan semakin hari semakin kurus, selera makan hilang.  Setiap hari berdoa agar ALLAH dapat sembuhkan penyakit ini.

Alhamdulillah setelah mendapat rawatan di PUSAT RAWATAN AL-HAQ, sebanyak 4 kali saya semakin sihat seperti asal.

Kesimpulan Pusat Rawatan : SIHIR
 

PESAKIT 4
KAMAL (50 tahun) Perak
Saya mengalami penyakit misteri ni sudah 3 tahun lebih. Bila penyakit ini datang saya terasa loya, muntah-muntah sehingga tidak boleh buka mata dan kepala berpusing pusing.  Saya sudah beberapa kali masuk hospital, sekali masuk kos rawatan hampir RM 5,000. Tapi sama sakit tetap datang.  Penyakit ni datang 2 ke 3 bulan sekali, tapi penat nak melayannya.  Saya dah pergi jumpa bomoh dan rawatan alternatif, tapi sama je tidak ada apa pun yang berubah.  Akhirnya permohonan saya pada ALLAH telah dikabulkan saya jumpa jalan untuk penyakit ini.

Syukur pada ALLAH setelah mendapat rawatan di  PUSAT RAWATAN AL-HAQ, sebanyak 4 kali penyakit saya telah beransur pulih.

Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA berangkai


PESAKIT 5
HASBULLAH (42 tahun) Melaka
Saya mempunyai masalah penglihatan yang amat kronik.  Saya hanya boleh membaca dalam jarak 4 inci dari mata saya sahaja.  Objek semua nampak macam ada kabus warna putih.  Pakar mata kata masalah saraf dan tiada apa yang boleh dibantu.  Semua kerja tak dapat dilakukan, hampir 6 tahun saya mengalaminya.  Hampir putus asa merawat dengan mana-mana tempat rawatan.  Saya teruskan hidup dengan berserah kepada ALLAH.  Banyak tempat rawatan kata SIHIR, tapi yang pelik tak selesai juga.  Saya sampai pergi ke INDONESIA berubat 3 kali, tapi pulih 2 hari je, itu yang pelik. Yang lagi pelik masa saya menunaikan umrah hilang kabus tu.  Sehingga salah seorang ahli keluarga mengenalkan saya PUSAT RAWATAN AL-HAQ.

Saya amat bersyukur pada ALLAH penglihatan saya kembali pilih seperti sebelum sakit dahulu.

Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA berangkai

ILMU KU ILMU GHAIB


Ilmuku ilmu ghaib, berasal dari yang ghaib, datangnya dari Yang Maha Ghaib. Kepada saudaraku, kaumku, bangsaku yang berasa ketinggalan dalam mengecap nikmat hidup di dunia ini, aku pesankan janganlah cemas, janganlah iri hati dan jangan putus asa kerana masih ada jalan. Masih ada kesempatan bagimu untuk mengejar ketinggalan itu.
 

Kebanyakan dari mereka yang punya itu (nikmat hidup),adalah hasil dari ilmu akalnya; mengambil kesempatan dalam kesempitan, membolehkan yang tak boleh, menghalalkan yang haram dan lain sebagainya. Ketahuilah olehmu bahawa kesemua mereka itu mempergunakan tenaga lahir, tenaga yang bergelumang dengan hawa nafsu. Kalau akal sihatmu tak mahu berbuat seperti jalan alam fikiran mereka itu, tandanya kebenaran masih ada padamu, sungguhpun hati kecilmu, perasaanmu ingin hendak mempunyai seperti apa yang dipunyai mereka itu. Dan kebenaran yang ada padamu letaknya ialah di dirimu. Letakkanlah sesuatu pada tempatnya dengan mengharamkan yang haram, menghalalkan yang halal dan jangan pakai kesempatan dalam kesempitan.
 
Kuasailah dirimu, letakkanlah pula pada tempatnya iaitu di ketenangan dan kedamaian. Pembawaan yang tenang itulah menentukan harga diri seseorang. Rumahtangga yang mewah tak ada erti, kalau tidak ada ketenangan di dalamnya. Sebaliknya, kemiskinan, kemelaratan menandakan kebodohan, tak tahu harga diri.
 
Berfikir, berbuat, berlaku dengan tenaga lahir termasuk golongan sudah tua, dan sudah sangat tua. Ketahuilah olehmubahawa padamu ada tenaga yang tersembunyi, yang belum pernah engkau pakai selama ini secara positif, dan belum pernah pula dipergunakan orang. Ada beberapa orang yang telah dapat memakainya, akan tetapi terbatas iaitu masih tetap tinggal di dalam, masih diselubungi juga hawa nafsu. Yang dinamakan kekuatan batin, tenaga yang tersembunyi itu mengaliri seluruh batang tubuh di dalam.
 
Bagi orang yang belum menemuinya, adalah dia itu terkurung, negatif dan pasif. Bagi mereka yang telah menemuinya, dia jadi bebas, positif dan aktif. Untuk mengejar ketinggalan kita di dalam segala hal, tenaga itulah yang akan dipergunakan kerana selain belum dipergunakan orang, sangat banyak daya gunanya. Carilah itu tenaga yang tersembunyi, sampai dapat engkau kuasai. Dia ada padamu dan banyak di luar. 

Tingkatkan cara berfikirmu ke dalam; hentikan segala gerak-langkah lahirmu sehingga yang tinggal gerak yang tak dapat engkau menguasainya. Gerak yang tinggal itu ialah gerak dari tenaga batinmu atau tenaga yang tersembunyi bagimu. Dengan perlakuan semacam itu, sudah mulai engkau mengadakan pemisahan di badan dirimu, pemisahan antara gerak lahir dan gerak batin; tenaga lahir dan tenaga batin, antara badan dan diri. Terjadinya itu baharu pemisahan di dalam. 

Sekarang tingkatkan lagi fikiranmu bagaimana caranya hendak mengetahui dan dapat merasakan tenaga dalam itu. Untuk itu tentu engkau mesti membawa tenaga itu keluar, yang bererti engkau harus menembus alamnya sendiri sampai ke kulit dan bulumu. Sanggupkah engkau sendiri menembus itu, dengan perkataan lain membuka pintu yang tertutup? 

Jawabnya ialah, sebaik-baiknya engkau cari orang yang tahu dan mengerti dan telah mempunyai untuk meminta petunjuk petunjuk. Kalau perlu, berguru kepadanya