Bermula
pada tahun awal 2008 saya telah membawa satu ilmu diatas ketentuan ILAHI.
Dengan ketentuan tuhan dan petunjuk-petunjuknya saya tinggalkan semua
dunia untuk sementara. Saya mendalami ilmu ini dan boleh dikatakan saya
juga berbangga atas pencapaian saya sekarang. Saya juga mendalami dalam ilmu
tasauf (mengenal diri sendiri). Setelah diamati dari ilmu ini saya telah
memecahkan banyak rahsia diri berkenaan orang mengatakan ‘AKU’. Terhasil
daripada ilmu ini saya sudah duduk di alam ‘rasa’ seperti kata SYEKH ABDUL
KADEER JAILANI dalam kitab SIRUL ASRAR (Orang yg sudah mencapai pada ROH
AD-KURSI duduk di keadaan rasa). Rasa itu satu rasa yang sukar saya ceritakan,
umpamanya diri sebenar diri itu terdiri daripada sesuatu gelombang yang sangat
tenang dan damai dari diri lain seperti jin, terdiri daripada gelombang yang
berbeza.
Atas petunjuk ILAHI saya mendalami lebih lanjut ilmu ini maka saya terus meneroka
lebih dalam sehingga saya mempunyai kebolehan yang luar biasa melawan mahluk
halus dalam tubuh manusia. Daripada pengalaman saya mendalami ilmu ini pada
peringkat awal hanya ingin menghambakan diri pada TUHAN YANG ESA sahaja. Tetapi
atas ketentuannya saya perolehi kekuatan dalaman yang amat menakjubkan. Saya
juga menghabiskan masa 4 tahun ini hanya meneliti bidang tasauf dan metafizik.
Saya juga sudah mempraktikkan apa yang saya ada pada pesakit kronik moden
pada asasnya tetapi lebih kepada gangguan mahluk halus. Apa yang ada pada saya
umpama QIQONG juga, umpama RIEKIE juga, tetapi apa yang saya berani saya
katakan ia lebih dari mereka cuma saya tak dapat nak ceritakan cuma boleh
dibuktikan. Saya juga pernah membuat penilaian menggunakan mesin khas untuk
menilai kekuatan AURA,YING dan YANG . Hasil dari penilaian tersebut, saya
adalah orang pertama yang mempunyai YING dan YANG paling seimbang iaitu 50:50.
Mengikut pengalaman dan kajian saya juga boleh saya katakan hampir semua
penyakit berpunca daripada mahluk halus cuma beza tingkatan mahluk tersebut.
Terdapat pengalaman
belajar sambil merawat beberapa orang pesakit kronik seperti mata yang hampir
buta akibat disihir. Gangguan perasaan yang kronik akibat disihir dan banyak
lagi seperti saka tunggal dam saka berangkai yang dapat saya selesaikan atas
izinNYA. Berpengalaman menangani kerasukan dan saya juga boleh menangani
masalah agar pesakit tidak dirasuk walaupun makhluk halus sangat kuat. Saya
berpegang kita ( manusia ) adalah paling sempurna di dunia ini. Kepaduan
AKAL(otak) dan PERASAAN (dada) menghasilkan MAKRIFAT(bayangan) yang paling
tinggi nilai kuasanya dan boleh merobohkan segala ilmu hitam di dalam tubuh
pesakit. Saya juga banyak berlatih kepada ahli keluarga dengan menyelesaikan
masalah sakit lutut, sendi, migren, darah tinggi, kencing manis, gaut dan
sebagainya. Saya juga berupaya memperbaiki ORGAN DALAMAN yang rosak seperti
paru paru, jantung, buah pinggang, hati, limfa, hempedu dan sebagainya. Saya
juga berupaya membuat air rawatan (air jampi) khas untuk menyembuh mana-mana
organ dalaman dan apa jua dengan izinNYA. Dengan izinNYA jua saya berupaya buat
semuanya dan memperoleh kelebihan ini. Sungguh terasa malu dan hiba padaNYA dan
bersyukur atas limpahan kurnianya pada saya di atas kelebihan ini. Saya juga
masih lagi mendalami ilmu ini dan ilmu yang lain sehingga ketentuanNYA yang
saya belum pasti.
Daripada kajian saya, selain sihir,saka dan gangguan jin terdapat juga
jin/syaitan/iblis yang saya gelarkan (negative energy) ini yang banyak memasuki
badan manusia daripada makanan, ubatan moden, persekitaran yang kotor,
pemikiran yang tidak baik dan udara sedikit demi sedikit dan akhirnya
berkampung dalam tubuh manusia dan mengakibatkan penyakit-penyakit moden. Dunia
semakin maju dan manusia hari ini kurang beramal seperti yang disyariatkan
dalam Islam kerana kesibukan kedunian. Kesan jangka panjang mereka dijajah oleh
negative energy mengakibatkan
penyakit-penyakit moden. Dalam kajian saya juga apa yang disyariatkan Agama
Islam seperti menunaikan rukun Islam itu satu kewajipan yang mesti dilakukan.
Daripada perbuatan yang Agama Islam syariatkan tersebut menghasilkan sejenis
tenaga dan bercantum dengan tenaga rohani kita dan menjadikan tenaga rohani
kita kuat dalam ertikata lain tenaga rohani itu penuh dan padat dalam badan
kita maka tiada ruang kosong untuk negative
energy mendudukinya. Untuk memastikan tenaga rohani sentiasa penuh dan
padat adalah kewajipan seseorang islam itu mengamalkan bacaan Al-Quran,
berzikir, solat sunat dan sebagainya. Walaupun banyak lagi cara untuk
menguatkan tenaga rohani ini seperti tahan nafas (amalan QiQong / para wali
terdahulu), tafakur (amalan Riekie/amalan Yoga / amalan Nabi Muhammad S.A.W /
para wali ) dan bermacam lagi cara yang ada orang Islam hari ini harus
didedahkan tentang amalam ini kepada mereka. Kesan daripada negative energy yang berkampung dalam badan ini juga
mengakibatkan seseorang itu akan bertindak emosi keterlalaun umpama perangai negative energy tersebut. Daripada
pengamatan saya juga terdapat banyak dikalangan orang melayu Islam ini yang negative energy ini berkampung dalam
badannya tanpa mereka sedari. Jadi berlakulah salah menyalahi, dengki, tamak,
gila kuasa panas baran, suka berhutang, kepincangan fahaman politik, malas dan
sebangainya. Sifat-sifat ini terjadi kerana negative
energy ini sudah menjajah energy asal (TENAGA ROHANI) dan mereka sudah
membawa sifat negative energy ini.
Saya juga banyak
buat rujukan ilmu ini daripada buku DIRIKU YANG KU KENAL, DIRI BATIN KU
(ALLAHYARHAM PHD DR.BAPAK BAGINDO MUCHTAR BIN UDIN). KITAB SURUL AS RAR (
ALLLAHYARHAM TUAN GURU SYEKH ABDUL KADEER JAILANI) dan kitab kitab AHLI SUFI
terdahulu, hadis-hadis nabi dan firman-firmanNYA agar saya lebih yakin dengan
apa yang saya perolehi ini bukan sesat lagi menyesatkan melainkan kebenaran
semata-mata. Ilmu tuhan itu sangat luas tak terhingga cuma ketentuanNYA sahaja
siapa yang dia kehendakinya dan bagi saya ini amanah yang saya harus laksanakan
demi manusia sejagat.
No comments:
Post a Comment