PESAKIT 1
Kak Su ( umur 45 tahun ) Selangor
Saya mempunyai sakit misteri yang hampir 18 tahun
dihidapi. Saya kerap sakit yang amat sangat di bahagian belakang badan.
Sakit dari pinggang, bahu, tengkok dan kepala. Penyakit ini datang-datang
dan kerap berlaku pada sebelah malam. Sudah banyak tempat saya dirawat
tapi hasilnya masih sama. Pulih satu minggu kena balik. Berulang-ulang
dan hampir putus asa. Dada selalu berdebar-debar dan perasaan tak
menentu. Kerap marah dan malas beribadah. Hidup agak susah hendak
diuruskan. Selalu hadapi masalah kehidupan.
Alhamdulillah setelah dirawat di PUSAT RAWATAN
AL-HAQ saya bertambah pulih, saya disarankan mengambil QUDRAD WATER selama 2
bulan dan semua kembali normal dalam hidup saya.
Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA BUAYA,darah tinggi
PESAKIT 2
HUZAIMI (33 tahun) Johor
Saya mempunyai masalah kehidupan yang agak serius
serta penyakit darah tinggi dan kencing manis peringkat awal. Saya selalu
bertukar-tukar tempat kerja, sering bosan dalam buat sesuatu pekerjaan.
Sikap yang terlalu boros dalam hidup. Dapat je gaji seminggu dah
habis tapi apa pun tak nampak. Sering keletihan dan sesak nafas.
Berjalan sikit mudah rasa penat. Macam-macam ubat sampingan dah
cuba makan tapi sama je. Ada saja iklan ubat yang baik terus cuba tapi
sama je. Selalu mimpi ngeri. Hidup banyak hutang sampai tak tau nak
buat apa. Semakin hari semakin rasa macam tak nak hidup lagi.
Banyak tempat perubatan dah pergi tapi sama je. Kadang-kadang macam
mengarut pun ada. Macam nak air tujuh masjid laa, nak bakar kemenyan
waktu magrib laa. Setiap hari saya berdoa dan akhirnya saya bertemu
dengan PUSAT RAWATAN AL-HAQ.
Alhamdulillah setelah dirawat semua
penyakit beransur kurang dan segala masalah kehidupan dapat diatasi
dengan tenang.
Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA PENJAGA (HANTU RAYA), SAKA HARIMAU, kencing manis dan darah tinggi
PESAKIT 3
MUHAMMAD (52 tahun) Selangor
Saya mempunyai penyakit misteri iaitu semput yang
agak kronik. Saya mengalaminya hampir 2 tahun. Saya sudah membuat
pemeriksaan di hospital tapi tiada apa penyakit yang dapat dikesan. Yang
peliknya penyakit saya datang-datang. Dalam satu minggu 4 kali atau 5 kali dia
datang. Bila sakit tu datang berserta sakit kepala yang amat sangat dan semput
sehingga hampir putus nafas. Banyak tempat rawatan telah saya pergi tapi
keputusannya sama sahaja. Nak kerja pun susah, nasib baik kerja dengan
kerajaan. Badan semakin hari semakin kurus, selera makan hilang.
Setiap hari berdoa agar ALLAH dapat sembuhkan penyakit ini.
Alhamdulillah setelah mendapat rawatan di PUSAT RAWATAN AL-HAQ, sebanyak 4 kali saya semakin sihat seperti asal.
Kesimpulan Pusat Rawatan : SIHIR
PESAKIT 4
KAMAL (50 tahun) Perak
Saya mengalami penyakit misteri ni sudah 3 tahun
lebih. Bila penyakit ini datang saya terasa loya, muntah-muntah sehingga tidak
boleh buka mata dan kepala berpusing pusing. Saya sudah beberapa kali
masuk hospital, sekali masuk kos rawatan hampir RM 5,000. Tapi sama sakit tetap
datang. Penyakit ni datang 2 ke 3 bulan sekali, tapi penat nak
melayannya. Saya dah pergi jumpa bomoh dan rawatan alternatif, tapi sama
je tidak ada apa pun yang berubah. Akhirnya permohonan saya pada ALLAH
telah dikabulkan saya jumpa jalan untuk penyakit ini.
Syukur pada ALLAH setelah mendapat rawatan di PUSAT RAWATAN AL-HAQ, sebanyak 4 kali penyakit saya telah beransur pulih.
Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA berangkai
PESAKIT 5
HASBULLAH (42 tahun) Melaka
Saya mempunyai masalah penglihatan yang amat
kronik. Saya hanya boleh membaca dalam jarak 4 inci dari mata saya
sahaja. Objek semua nampak macam ada kabus warna putih. Pakar mata
kata masalah saraf dan tiada apa yang boleh dibantu. Semua kerja tak
dapat dilakukan, hampir 6 tahun saya mengalaminya. Hampir putus asa merawat
dengan mana-mana tempat rawatan. Saya teruskan hidup dengan berserah
kepada ALLAH. Banyak tempat rawatan kata SIHIR, tapi yang pelik tak
selesai juga. Saya sampai pergi ke INDONESIA berubat 3 kali, tapi pulih 2
hari je, itu yang pelik. Yang lagi pelik masa saya menunaikan umrah hilang
kabus tu. Sehingga salah seorang ahli keluarga mengenalkan saya PUSAT
RAWATAN AL-HAQ.
Saya amat bersyukur pada ALLAH penglihatan saya
kembali pilih seperti sebelum sakit dahulu.
Kesimpulan Pusat Rawatan : SAKA berangkai
No comments:
Post a Comment