Ilmuku ilmu ghaib, berasal dari yang ghaib, datangnya dari Yang Maha Ghaib. Kepada saudaraku, kaumku, bangsaku yang berasa ketinggalan dalam mengecap nikmat hidup di dunia ini, aku pesankan janganlah cemas, janganlah iri hati dan jangan putus asa kerana masih ada jalan. Masih ada kesempatan bagimu untuk mengejar ketinggalan itu.
Kebanyakan dari
mereka yang punya itu (nikmat hidup),adalah hasil dari ilmu akalnya; mengambil
kesempatan dalam kesempitan, membolehkan yang tak boleh, menghalalkan yang
haram dan lain sebagainya. Ketahuilah olehmu bahawa kesemua mereka itu
mempergunakan tenaga lahir, tenaga yang bergelumang dengan hawa nafsu. Kalau
akal sihatmu tak mahu berbuat seperti jalan alam fikiran mereka itu, tandanya
kebenaran masih ada padamu, sungguhpun hati kecilmu, perasaanmu ingin hendak
mempunyai seperti apa yang dipunyai mereka itu. Dan kebenaran yang ada padamu
letaknya ialah di dirimu. Letakkanlah sesuatu pada tempatnya dengan
mengharamkan yang haram, menghalalkan yang halal dan jangan pakai kesempatan
dalam kesempitan.
Kuasailah dirimu,
letakkanlah pula pada tempatnya iaitu di ketenangan dan kedamaian. Pembawaan
yang tenang itulah menentukan harga diri seseorang. Rumahtangga yang mewah tak
ada erti, kalau tidak ada ketenangan di dalamnya. Sebaliknya, kemiskinan,
kemelaratan menandakan kebodohan, tak tahu harga diri.
Berfikir, berbuat,
berlaku dengan tenaga lahir termasuk golongan sudah tua, dan sudah sangat tua.
Ketahuilah olehmubahawa padamu ada tenaga yang tersembunyi, yang belum pernah
engkau pakai selama ini secara positif, dan belum pernah pula dipergunakan
orang. Ada beberapa orang yang telah dapat memakainya, akan tetapi terbatas
iaitu masih tetap tinggal di dalam, masih diselubungi juga hawa nafsu. Yang
dinamakan kekuatan batin, tenaga yang tersembunyi itu mengaliri seluruh batang
tubuh di dalam.
Bagi orang yang
belum menemuinya, adalah dia itu terkurung, negatif dan pasif. Bagi mereka yang
telah menemuinya, dia jadi bebas, positif dan aktif. Untuk mengejar ketinggalan
kita di dalam segala hal, tenaga itulah yang akan dipergunakan kerana selain
belum dipergunakan orang, sangat banyak daya gunanya. Carilah itu tenaga yang
tersembunyi, sampai dapat engkau kuasai. Dia ada padamu dan banyak di
luar.
Tingkatkan cara
berfikirmu ke dalam; hentikan segala gerak-langkah lahirmu sehingga yang
tinggal gerak yang tak dapat engkau menguasainya. Gerak yang tinggal itu ialah
gerak dari tenaga batinmu atau tenaga yang tersembunyi bagimu. Dengan perlakuan
semacam itu, sudah mulai engkau mengadakan pemisahan di badan dirimu, pemisahan
antara gerak lahir dan gerak batin; tenaga lahir dan tenaga batin, antara badan
dan diri. Terjadinya itu baharu pemisahan di dalam.
Sekarang
tingkatkan lagi fikiranmu bagaimana caranya hendak mengetahui dan dapat
merasakan tenaga dalam itu. Untuk itu tentu engkau mesti membawa tenaga itu
keluar, yang bererti engkau harus menembus alamnya sendiri sampai ke kulit dan
bulumu. Sanggupkah engkau sendiri menembus itu, dengan perkataan lain membuka
pintu yang tertutup?
Jawabnya ialah,
sebaik-baiknya engkau cari orang yang tahu dan mengerti dan telah mempunyai
untuk meminta petunjuk petunjuk. Kalau perlu, berguru kepadanya
No comments:
Post a Comment